Kempen Internet Selamat: Taklimat Berita Palsu
11 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniNADI KAMPUNG QUOP, 11 Jun 2026 – NADI Kampung Quop telah menganjurkan program NADI KIS: Taklimat Berita Palsu pada 11 Jun 2026 (Khamis) bertempat di NADI Kampung Quop. Program ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyebaran berita palsu serta kepentingan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsi di media sosial dan platform digital. Peserta turut didedahkan kepada kaedah mengenal pasti maklumat yang meragukan serta sumber rujukan yang boleh digunakan untuk membuat semakan fakta.
Seramai 6 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 4 orang murid dari Sekolah Kebangsaan St. John, Quop dan 2 orang peserta dewasa dari komuniti setempat. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta menunjukkan minat yang tinggi dan aktif berinteraksi dengan mengemukakan pelbagai soalan berkaitan isu berita palsu yang sering berlaku dalam penggunaan media sosial.
Melalui program ini, NADI Kampung Quop berharap dapat melahirkan pengguna internet yang lebih bertanggungjawab, beretika dan bijak dalam menilai maklumat yang diterima bagi mengelakkan penyebaran berita yang tidak sahih dalam kalangan masyarakat.
NADI Kampung Quop akan terus komited dalam melaksanakan program-program kesedaran digital bagi memperkasakan komuniti setempat dengan pengetahuan dan kemahiran digital yang bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: